LUASKAN SAYAPMU

Genapkan segala hasrat menjadi nadi, agar ia tetap bersemadi. 
Bicaranya manusia kerana berani, kerana akalnya sudah terpatri.

Wahai sayangku, lebarkan sayap mimpimu untuk kau cantum perca-perca mimpimu menjadi maujud dengan jahitan takdir dan benang doa. 
Usah bimbang, aku akan tetap di sini mengintai pelangi mimpimu dari kejauhan terwujud.

Berbahagia la kau wahai sayangku.

Mungkin doa yang aku panjatkan belum cukup kuat dan ikhlas.

Kadang kala apa yang kita mahu dan rancang tidak akan jadi semuanya. 
Atau mungkin Tuhan menanti waktu yang tepat untuk mengabulkan satu per satu doa-doa yang telah kita tembak setiap hari dengan keberanian dan ketulusan. 
Beberapa hari sahaja lagi. Tuhan tahu, tapi menunggu.


No comments: