PENANTIAN


Bagi seorang perindu,
Jarak itu satu ruang.

Bagi seorang Pendoa,
Jarak itu satu doa.

Sudah aku bilang,
' SETIA itu bukan satu pilihan, tapi satu kemestian '
Sudah ku bilang,
Aku tidak pernah memaksa untuk SETIA.

Jika sampai satu saat hati ini merasakan penantian itu tidak memihak dalam takdir,
Percaya la, hati ini sendiri tahu di mana ia harus berlabuh dan berlalu atas bantuan Tuhan.
Jadi, izinkan aku terus begini.

TERIMA KASIH

' Terima kasih Tuhan untuk nafas yang masih Kau pinjamkan buatku.
Doa doa yang telah kau makbulkan satu demi satu untuk ku '

Erma Hariezatul Shima,
Menghadapi kehilangan itu sememangnya sakit, tapi harus kau ingat.
Tuhan itu sedang mendidik hati kau untuk lebih kuat dan sabar. 
Tuhan sedang mengajar kau erti sebuah kehidupan agar kau sentiasa redha dan ikhlas dalam kehidupan. 

Percaya la, pada akhirnya semua akan baik-baik sahaja. 
Semua akan okay.

TANDA TANYA

Manusia tidak hidup sendirian di dunia ini.
Tapi di jalan setapaknya masing-masing.
Tiap manusia berjalan sendirian ;

Berjalan,
Berlari,
dan sesekali berhenti.

Semua jalan setapak itu berbeda-beda namun menuju ke arah yang sama.
Mencari suatu hal yang sama dengan satu tujuan yang sama.
Hingga semakin dekat ke tujuan, manusia semakin menyedari bahawa disepanjang jalan setapak yang sudah dilewati, ia tak kan pernah benar-benar sendiri.
Manusia selalu bersama apa yang ia cari, bersama tujuannya ;

Yaitu Tuhan.

Benar kata Hamka, sampai kapan pun loyang tidak akan setara dengan emas dan sutera tidak sebangsa dengan benang.

Aku kena belajar menerima hakikat.

LUASKAN SAYAPMU

Genapkan segala hasrat menjadi nadi, agar ia tetap bersemadi. 
Bicaranya manusia kerana berani, kerana akalnya sudah terpatri.

Wahai sayangku, lebarkan sayap mimpimu untuk kau cantum perca-perca mimpimu menjadi maujud dengan jahitan takdir dan benang doa. 
Usah bimbang, aku akan tetap di sini mengintai pelangi mimpimu dari kejauhan terwujud.

Berbahagia la kau wahai sayangku.

Mungkin doa yang aku panjatkan belum cukup kuat dan ikhlas.

Kadang kala apa yang kita mahu dan rancang tidak akan jadi semuanya. 
Atau mungkin Tuhan menanti waktu yang tepat untuk mengabulkan satu per satu doa-doa yang telah kita tembak setiap hari dengan keberanian dan ketulusan. 
Beberapa hari sahaja lagi. Tuhan tahu, tapi menunggu.


JANJI UNTUK KITA

Yakin la,
Suatu saat nanti kamu pasti bisa mengenang semua kepahitan perjalanan hidup masa lalu kamu sambil tersenyum.
Tuhan pasti membayar semua airmata  dengan kebahagiaan dan kegembiraan.
Kegembiraan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata kata.

Yakin la,
Pasti akan sampai kegarisan penamat setelah berhempas pulas berjuang.
Hati mana yang tidak penat melalui pelbagai ujian.
Hati kamu, hati aku turut merasakan yang sama.
Sayang, sabar itu indah.

Tuhan janjikan bahagia untuk kita.